Bismillahirahmanirrahim... Masa itu emas3x... berlalu dengan pantas untuk jadikan setiap perlakuan itu adalah kenangan terindah. Lama aku sepikan diri dengan blog yang tidak terusik ni. Bukan apa, aku sibuk layan facebook je. Kini, aku dah kurang layan sangat , hanya jadi "viewer" dari jauh. :p
Harini aku tergerak hati untuk "mengupdatedkan" blog yang dah lama bersawang-sawang ni dek kerana aku terbaca blog seorang kenalan yang menulis perihal diriku ..
Seawal aku kenali blog adalah semasa aku mengisi kekosongan waktu ketika menuntut ilmu, sesudah itu, aku mulakan langkah dengan mencari kerja. Mencari kerja yang sesuai bukanlah satu hal yang mudah. Hampir 4-5 kali aku asyik bertukar kerja. Alhamdulilah kini aku berada di zon selasa .. Cumanya, aku berasa sedikit ketidakpuasan hati.. kerana terlalau lama berada di zon selesa..aku menjadi orang yang sangat santai. Mungkin aku sudah terbiasa dengan keadaan yang "stress'" ..(selasa salah tak selesa pun salah ..) ..
Lima tahun pun dah hampir berlalu..Lagi 2 minggu lebih nak masuk tahun 2014. Terlalu banyak hal dan peristiwa yang terjadi...terutamanya pada kehidupan peribadiku. Dari kehidupan solo hinggalah diri ni bakal "diambil" orang. Terlalu banyak perkara yang aku belajar dan diantaranya :
1) Hidup ni, jangan sakitkan hati/beri harapan kepada orang lain, kelak diri sendiri merana
2)Hargai apa yang tersedia ada
3)Jangan sentiasa cepat berpuashati apa yang ada
5)Setiap perlakuan yang kita nk lakukan, wajib ada niat yang baik terutamanya kerana Lillahi Taala
Sebagai manusia, kita selalu membuat kesilapan, cumanya.. ada yang sedar dan tidak sedar ... Adakalanya kita lalai dan terlupa tangunggjawab kita terutama sebagai seorang wanita muslim. Aku ini yang dahagakan ilmu akhirat sentiasa ingin perbaiki diri yang lemah untuk menjadi lebih baik.

No comments:
Post a Comment