Thursday, December 29, 2011

Ada apa dengan Waktu?

Dalam sedar tidak sedar.... sudah lama tidak mengagahi jari - jemariku untuk membuka blog yang sudah sekian kalinya tidak ku sentuh membukanya... terlalu banyak memori yang terjadi sepanjang 2 tahun ini... pelbagai kisah suka duka, asam garam dan naik turun erti sebuah kehidupan. Disini.... aku bukanlah seperti dahulu, bukan lagi budak hingusan.. bukan lagi budak yang sentiasa pemalu... waktu merubah segala keadaan...

Yaa.... waktu yang selalu mencumburui sentiasa bergerak tanpa belas kasihan... tanpa memperdulikan perasaan manusia.. begitulah ia berubah..... aku, yang kini melalui fasa2 kehidupan sentiasa inginkan perubahan...

Dalam sedar tidak sedar... kita sudah pun menghampiri lipatan 2011 yang bakal menjadi sejarah dan 2012 adalah sebagai mukhadimah di masa hadapan. Ku berharap, agar di masa hadapan itu adalah "cahaya" yang membuka seluas-luas pintu2 rezeki dan amal kebaikkan. Moga diriku ini dan kalian yang membaca blog ini... sentiasa beroleh kebaikkan...amin..

No comments:

Post a Comment

Blog Archive